kerana rasa ini abadi.
Ia dah dibina dengan waktu
sepertimana waktu membina kita
lalu kita pulangkan pengertian kepadanya.
Jangan risau,
jangan pernah terganggu dengan waktu.
Biarkan ia berlari , biarkan ia pergi.
Tak usah khuatir.
Biar aku pimpin tanganmu
mari kita ciptakan waktu
sepertimana ia mencipta kau dan aku.
Waktu tak pernah menunggu.
Hanya nikmatilah waktu ini,
berjalan, bersamanya.Penat bukan alasan untuk berhenti
dan cinta kita tak ada perhentian.